Tuesday, August 9, 2011

Loya dan muntah semasa kehamilan:

Loya dan muntah semasa kehamilan: mendapatkan bantuan dan rawatan

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia (copy paste untuk rujukan dan makluman bersama =p)

Saya rasa teruk – adakah ia normal?

Berasa sakit berbanding dengan "berseri-seri” pada peringkat awal kehamilan adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.

Mabuk kehamilan boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan berhenti sekejap disebabkan anda tidak boleh menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Maklumkan kepada keluarga anda bagaimana mereka boleh membantu anda – dengan cara praktikal seperti membeli-belah, memasak, menjaga anak dan melakukan kerja rumah.

Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan. Anda mungkin tidak memberitahu sesiapa bahawa anda hamil tetapi ia amat sukar jika anda perlu sentiasa “menjaga penampilan" anda. Anda perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai kehamilan anda untuk mendapatkan sokongan dan bantuan yang anda perlukan.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor saya?

Adalah amat penting untuk berbincang dengan doktor anda lebih awal sebab rawatan akan menjadi sukar apabila mabuk kehamilan semakin teruk. Anda perlu berjumpa dengan doktor anda sebaik saja simptom anda menjejaskan kehidupan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah ahli profesional hanya akan menghiraukan muntah yang teruk, sebab ini boleh membawa kepada komplikasi kepada anda dan bayi anda, dan anda mungkin perlu berehat sehingga anda berasa lebih sihat.

Ramai doktor menganggap mabuk kehamilan adalah keadaan yang tidak serius. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kadang-kala mereka menganggar kurang kesannya ke atas wanita hamil. Kajian telah menunjukkan bahawa sesetengah wanita merasakan loya adalah lebih teruk daripada muntah, sebab jika anda muntah, anda akan berasa lega buat sementara.

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan, anda mesti berjumpa dengan doktor anda. Anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrient. Rawatan awal akan mencegah sakit yang lebih teruk atau dimasukkan ke hospital untuk hiperemesis.

Jika anda sedang mempertimbangkan kehamilan lagi dan anda menderita teruk sebelum ini, rawatan awal boleh membantu mengelakkannya dari berlaku lagi.

Apa yang saya perlu lakukan untuk membantu diri saya?

Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh:

• Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

• Makan apa dan bila anda kehendaki buat sementara waktu, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

• Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

• Tulis dalam sebuah diari bila anda berasa lebih teruk – dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah. kalu rajin wat la...

• Cuba minum di antara hidangan jika anda berasakan sukar untuk minum dan hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap – cuba menghisap ais kiub jika anda muntah air.

• Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk. Betul3x... hehe

• Hidulah buah lemon – bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air yang membuih.  kena try nih...

• Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati – sebab ia tidak membantu semua orang.

• Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut – boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan – boleh mengurangkan loya dan muntah dalam sesetengah wanita. wah!... nak gi beli la... mahal x?

• Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan. ye ke?... hmmm

Terapi semula jadi seperti aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda – tetapi pergi ke pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

• Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. sape lg... mak ku yg tersayangg!! huhuhuhu

Insyaallah.. aku akan try la semua di atas... mana yg termampu.... dah x larat nih.... bluekkk!!... =p


✿•´¯`•.LuvMiafif.•´¯`•✿

2 comments:

  1. nor pregnant ke....congrats ek...seksakan asik loyan n muntah time pregnant ni...

    ReplyDelete
  2. @Mayiskandar

    Thanks kak Mai... mmg x larat sgt awal2 preggy ni... mesti mabuk teruk... rasa lambat jer masa berjalan... dah la Afif meragam jer.. gigi geraham nak tumbuh... =p

    ReplyDelete

TQVM

kucing di alam maya