Monday, January 2, 2012

Welcome 2012

Salam,

Kejap je masa berlalu..... Tahun "2011"... hanya tinggal kenangan .. chee wah! ..=p... padahal aku blom sempat lg nak update citer2 yg berlaku bln 12 tahun lepas... sbb xde masa nak upload & edit gambar2... Nanti kena wat 'belated entry' secara marathon la... huhu.....

31/12/2012 ..... mlm new year haritu x sempat nak countdown tgk bunga api pun... padahal dah kuar ptg tu... xtually dah plan nak jumpa member2 rapat x-UiTM kt KL sampai countdown tp masing2 ada plan lain lak... so, tukar plan.. hubby ajak jln2 gi The Mines, Serdang... cuci mata tgk gadget2... mkn Nando's... makan ice cream Mac D... At last balik nilai jer coz fikir nak try countdown kt Dataran Nilai...kt KL nanti sure jln jammed... Sampai Nilai masa tu baru kul 11 mlm.. Afif lak dah pengsan (tido) dlm kereta... so,...... tetiba malas lak nak countdown tgk bunga api...lg pun ramai lak tu... sampai parking pun xde... jauh2... At last ... balik umah jer.... Afif & Mia dah tido.. so aku & hubby countdown kt depan TV tgk bunga api kt Dataran (tv 2) huhuhu.... dapat gak  dengar bunga api Datran Nilai berdentam dentum dr umah... so, this year Mia & Afif x tgk bunga api la coz last year countdown NY kt KLCC...

1/1/2012 lak...  mula2 gi kenduri Aqiqah anak kawan (Usop & Zura) kt Desa Jati, Nilai je... then terus shoot  gi Rawang ... gi mini reunion kt umah cikgu Nasa.. cikgu Math masa skolah menengah... Lama dah x tgk cikgu... aku baru baca FB cikgu tadi... dia terharu sgt x-student dia dtg... sedih lak aku baca... ni antara luahan dia... aku copy dr FB dia.. 

CUTI TAHUN BARU 2012 :MENGEMBALIKAN KENANGAN, MEMBAWA KERIANGAN DAN KESYAHDUAN BUAT SEORANG GURU TUA.

Hari ini, Ahad 01.01.2012 merupakan cuti umum menyambut tahun baru. Namun ianya membawa suatu pengertian yang mendalam kepada seorang guru tua, saya Naasarudin Mohamad @ Teluki Biru. Sambutan tahun baru kali ini diserikan dengan pengisian yang amat dalam makna dan pengertiannya bagi meransang jiwa dan tekad keinsanan dalam wadi kesyukuran.

Beberapa hari yang lepas saya dihubungi dan dimaklumkan beberapa bekas pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan berhasrat untuk mengunjungi saya sempena sambutan tahun baru.Bilangan asalnya tiga orang, tapi dari sehari ke sehari ianya bertambah. Akhirnya hari ini sepuluh orang termasuk suami/isteri telah menghadirikan diri. Di antaranya membawa bersama anak-anak kecil mereka.


Kehadiran mereka saya sambut dengan pebuh girang dan kesyukuran. Maha Suci Allah yang menemukan saya kembali dengan sebahagian daripada murid yang telah mewarnai kehidupan saya di suatu ketika dulu.Kehadiran mereka bersahaja tanpa menyedari mereka telah membawa bersama mereka sentuhan atma jiwa untuk menyinari kalbu dan roh seorang guru tua.


Menyingkap pencapaian dan kejayaan hidup yang mereka kecapi menjadi satu testimoni betapa berbaloinya setiap titik keringat dan usaha yang direlai dan diihsankan kepada meraka semua. Sejuta percikan bunga api bukan tandingan untuk menceritakan ketinggian dan kemergelapan jihad yang kami sama-sama tempuhi. Anak-anak kecil yang dibawa bersama merupakan kesinambungan kepada kemurnian tekad Islam, Iman, Ikhlas, Ihsan.


Kami sama-sama membuka lembaran kenangan lama, penuh ketawa riang yang menyegarkan. Tanya bertanya seorang ke seorang kawan-kawan yang tiada di depan muka memulihkan ingatan ke zaman silam. Kiriman salam dari mereka yang di dalam dan luar negara berjaya mengimbau keazaman yang diluahkan beberapa tahun silam. Sesungguhnya Allah Maha Besar.


Setiap yang bermula berakhir jua. Dan bila tiba saat perpisahan, air mata aku telan untuk membasahi runtunan jiwa di dalam. Tangan dilambai, senyuman diukir untuk menyembunyikan kesugulan rentapan perasaan yang dibaluti kesyukuran. Semoga kalian dirahmati Allah, semoga kalian dirahmati Allah, semoga kalian dirahmati Allah. 


Menghadap muka ke Teluki Biru, saya sedar dan berbangga kerana ahli keluarga sepenuh hati bersama menjayakan majlis yang direstui Allah. Apakah ianya akan berulang? Insya Allah.


Xpe cikgu.... Insyallah.. kitrg akan dtg slalu lepas ni.... sob sob...=(


Esok Mia nak masuk tadika..... hopefully xde masalah la... xtually Mia OK je... risau adik dia yg meragam plak tgk kakak dia tukar skolah lain... (*_*)..

No comments:

Post a Comment

TQVM

kucing di alam maya